|
|
 |
 |
|
Monday, June 26, 2006
sutera demi aishah : faranina zulfar
Tajuk : Sutera Demi Aishah
Penulis : Faraninan Zulfar
Penerbit : Kreatis Mediakola Sdn. Bhd.
Bukan sekadar sebuah kisah cinta…
dimakbulkan disyurga,diijabkabulkan di bumi.
Ulasanku…
Secara terus-terang aku katakana, mula-mula baca agak membosannya. Tapi lama-kelamaan ceritanya menyentuh hati. Buku ni dibahagikan kepada 3 bahagian dan kesemua bahagian memang best. Bahagian pertama untuk Sutra dan Jefri. Kisah cinta mereka, macam-macam pahit manis, bahagia derita. Bahagian kedua untk Aishah, Iskandar dan Ros. Bahagian ketiga lebih kepada kisah Aishah. Macam Takdir, buku ni juga lebih banyak menekankan tentang kekeluargaan, kisah cinta tu ada tapi taklah meleret-leret. Bagi yang sensitive dan mudah mengalirkan air mata macam aku, memang la akan menitiskan air mata bila tiba part yang menyentuh hati..tapi aku rasa kalau yang bukan sensitive pun akan mengalirkan air mata bila membaca bahagian-bahagian tertentu. Kalau tak mengalirkan air mata tu mungkin si pembaca berhati batu dan tiada perasaan. 3 bintang.
Posted at 12:20 am by jihan
Permalink
takdir cinta : dina najat
Tajuk : Takdir Cinta
Penulis : Dina Najat
Penerbit : nylea publishing
Suraya – “Ingin aku hadiahkan hatiku untukmu namun apa dayaku. Kemiskinan memaksa aku memperdagangkan sebuah kebebasan lantas ditelan ketentuan bahawa dialah teman hidupku. Jikalau ini dikatakan pengorbanan, aku rela…demi seorang ibu yang telah lama menderita!”
Zafran Amir – “Sejak minggu orientasi itu, kau tak mudah dilupa. Puas dibuang namamu jauh-jauh namun segalanya sia-sia. Sayangnya, fitnah dan dendam seakan meranap segala. Biarku lelah memperjuangkan cinta, namun melihat kau pergi dari hati, sesekali tidak!”
Razak – “Suraya, aku tak kenal erti kalah kerana itu aku takkan mengalah. Sejak kecil kau kukenali, sebelum lelaki itu hadir. Mana mungkin kau aku lepaskan setelah harta dan maruah aku pertaruhkan. Aku bukan Zafran Amir yang terlalu hebat di matamu. Tapi percayalah…tika dan waktu akan menjadi bukti betapa aku menyayangimu.”
Dua jiwa saling merindu, namun mampukah mereka bersatu?
~ TC mengisahkan Suraya yang terpaksa mengorbankan kebebasannya, hak untuk bercinta dan berkasih saying dengan insan yang dicintai dan dikasihi demi untuk membalas budi yang telah ditaburkan oleh Pak Longnya. Pak Longnya mengambil kesempatan di atas kemiskinan keluarganya. Bantuan yang dihulurkan tidak ikhlas dan sering diungkit-ungkit. Suraya terpaksa menerima pinangan Pak Longnya untuk anaknya Razak demi untuk mencapai cita-citanya seterusnya untuk membela nasib keluarganya yang telah menderita sekian lama. Suraya terpaksa menolak cinta Zafran kerana dia sedar dia tunangan orang walaupun pada hakikatnya dia tidak rela memegang status itu. Penderitaan Suraya bertambah apabila ibunya kembali menemui Allah s.w.t dan sememangnya penderitaannya tidak pernah berakhir kerana dia difitnah oleh Razak. Razak memerangkapnya dengan mengatakan mereka berkhalwat dan secara terpaksa Suraya dinikah dengan Razak. Suraya terpaksa menerima walaupun tanpa rela. Takdir Allah tiada siapa yang boleh menghalangnya. Jodoh Suraya dan Razak terlerai akhirnya apabila Razak mati dibelasah oleh kaki pukul kerana sikapnya yang suka berhutang. Dalam diam dia bersyukur dan dia membawa diri ke KL apabila terlalu kecewa dengan sikap Mak Longnya yang menyembunyikan hal yang sebenar. Dia terlalu kecewa apabila mengetahui bahawa Mak Longnya turut bersubahat dengan Razak tentang kes khalwatnya. Apakah takdir cinta Suraya? Masihkah Zafran menyintai dan mengasihinya seperti mula dulu? Masih adakah peluang untuk mereka bersatu? ~
Ulasanku…
Penulis dan penerbit ni adalah nama-nama baru di bidang ini namun Takdir Cinta bukanlah buku pertama nylea publishing kerana nylea publishing telah pun menerbitkan beberapa buah buku lain dan telah pun diperkenalkan buat pertama kali masa pesta buku yang baru lalu (kalau tak silap saya). Watak heroin; Suraya yang digambarkan oleh penulis adalah seorang gadis yang mendengar kata dan lembut hati. Seorang yang lurus dan tidak pandai berkata tidak. Dia tidak sanggup untuk berkata tidak pada setiap permintaan ibunya. Satu sikap yang terpuji tapi tidak mustahil sikap itu boleh memakan diri. Watak hero; Zafran juga tidak mengecewakan. Digambarkan Zafran seorang yang tidak mudah putus asa namun ada ketikanya sikapnya itu goyah sikit bila berhadapan dengan fitnah. Olahan plot memang baik dan tidak sukar untuk difahami. Sekali baca kita sudah tahu apakah yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis juga pandai memainkan perasaan pembaca kerana ada ketikanya kita akan berasa gembira, sedih, geram dan banyak lagi la..penulis juga pandai menyusun di mana letaknya klimaks dan anti-klimaks. Syabas untuk penulis ni. Bagi yang memang minat membaca bolehla cari novel ni d kedai berhampiran. Jangan salah sangka, saya bukan buat promosi tapi just bagi cadangan..ceritanya bagus to me..pada orang lain yang membaca mungkin lain pula yang dirasanya.. 3 bintang
Posted at 12:18 am by jihan
Permalink
takdir : norisah a. bakar
Tajuk : Takdir
Penulis : Norisah A. Bakar
Penerbit : Pustaka Nasional
Pemenang Anugerah Sayembara Novel Watan 2
Ulasanku…
Aku suka novel ni, gaya bahasa dan jalan cerita mudah untuk difahami. Penulis membawa kita untuk menyelami nasib seorang gadis yang bernama Hanani, yang hidupnya penuh dengan tanda tanya. Cerita ni lain dari yang lain. Selalunya novel-novel cerita tentang kisah cinta tapi dalam novel ni kuranglah sikit tentang cinta tu. Ia lebih kepada kekeluargaan. Untuk yang bias abaca kisah-kisah cinta, mungkin bosan la sikit baca buku ni tapi bagi okey, selagi aku boleh menjiwai watak-watak dalam cerita tu, tak kisahlah temanya apa, cinta atau keluarga. 3 bintang.
Posted at 12:12 am by jihan
Permalink
Friday, May 12, 2006
first of all aku minta maaf sebab dah lama tak update blog ni..agak sibuk dengan tugasan wajib...tapi hari ni aku nak komen tentang satu novel baru yang aku baru je habis baca semalam....ni novel terbaru damya hanna..  @~ novel ke-4 damya hanna...bagi aku penulisan dia makin matang walaupun usianya masih muda...macam biasa la kisah cinta wajib ada dalam novel melayu tapi kisah cinta yang damya utarakan lain sikit aku rasa...dalam novel ni juga ada diselitkan nilai-nilai kekeluargaan, pengorbanan seorang anak demi keluarganya, kemudian macam mana nilai persahabatan yang sepatutnya...banyak yang dapat kita pelajari dari novel ni...alhamdulillah, ending bagus la...happy ke sad? erm..entah..surprise tapi aku boleh kata ending bagus...kat belakang novel ni ada dimasukkan tentang akta untuk ambil anak angkat so sesapa yang berminat nak ambil anak angkat kena baca novel damya ni dan leh la dapat info-info tu semua...4 * aku bagi dan buku ke-4 damya hanna ni elok dijadikan koleksi peribadi...itu pendapat aku...orang lain punya pendapat aku tak tau ek...lain orang lain pandangannya... watak-watak :nurin aina : anak bongsu yang sanggup mengorbankan cita-citanya hanya untuk membantu keluarga namun kakaknya yang sulung menganggap nurin ingin membalas dendam kepada kedua orang kakaknya kerana kakaknya yang berdua dapat meneruskan minat mereka sebaliknya nurin terpaksa berkorban namun nurin menelan semua tanggapan itu demi kedua ibu bapanya..kematian kakak keduanya dan kemudian diikuti dengan uminya memberikan tamparan hebat buat nurin. selain itu, sikap teman baiknya, liyana juga menambah luka di hati nurin. kemunculan zamil yang pada mulanya dianggap kawan tetapi lelaki itu menaruh minta, menyimpan perasaan dan melamarnya juga memberi tekanan kepada nurin kerana dia. namun semuanya dihadapi dengan tabah.dugaan melanda lagi, di saat dia mula menerima zamil lebih dari seorang kawan, zamil mengundurkan diri dan seterusnya menghilangkan diri..apa yang terjadi? baca sendiri... zamil : adik kembar luqman..jatuh cinta pada nurin tetapi akhirnya mengundurkan diri demi kebahagiaan semua..kenapa? luqman : kembar zamil juga teman lelaki kepada liyana, sahabat nurin... liyana : sahabat nurin semasa study tapi akhirnya memusuhi nurin hanya kerana nurin adalah jiran luqman (kekasihnya) dan bekerja satu pejabat dengan luqman..
Posted at 06:35 pm by jihan
Permalink
Wednesday, April 05, 2006
dah lama aku tak update blog ni..bukan apa, busy sikitlah..banyak kerja yang memerlukan perhatian..cuma aku nak perbetulkan tentang sesuatu kat sini...apa yang aku komen tentang novel-novel yang aku baca bukan untuk menjatuhkan sesiapa tapi aku hanya komen mengikut apa yang aku rasa masa aku baca novel-novel tersebut..rasa kita berbeza..mungkin ada novel yang aku suka sangat tapi orang lain tak suka dan ada novel yang aku tak suka tapi orang lain suka..itu hak masing-masing jadi jangan jadikan komen aku tu sebagai satu isu..aku just tulis komen..
mungkin dalam 2/3 hari ni aku akan masukkan entry baru sebab aku berkesempatan pergi ke pesta buku antarabangsa KL baru-baru ni so adalah juga nove-novel yang aku beli...sabar ya...
Posted at 05:05 pm by jihan
Permalink
Sunday, February 26, 2006
lama aku tak update blog ni...bukan aku tak nak update tapi tahu je lah nak buat ulasan buku...banyak dah buku yang aku baca tapi belum sempat aku nak review...ni antara buku-buku yang aku dah baca...
1. KAU KEKASIHKU : ANIS AYUNI : alaf21 (not bad..aku suka buku kak anis yang ni tapi Gemersik Kalbu lagi best..kak anis pun kata buku dia yang ni 'kureng' menyengat..tapi aku tak kisah sebab aku memang minat novel-novel kak anis..so yang belum baca boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran anda..pada aku buku ni memang best, memang menarik, boleh dijadikan koleksi peribadi tapi pada korang semua aku tak tau la..lain orang lain citarasa...aku bagi 4 drpd 5 bintang)
2. LAFAZKAN CINTAMU : AIDA ADRIANI : alaf21 (aku suka novel ni...tambahan aku dah baca enovel dia SEBERKAS CINTA YANG SIRNA..ni buku kedua aida adriani..buku yang pertama CINTA DIHATI rasanya masa pesta buku tahun lepas dah ada...juga 4/5 bintang)
3. NYANYIAN TANJUNG SEPI : NOOR SURAYA : cesb (best sangat buku ni jalan cerita dia menarik..ada pantun-pantun..gaya bahasa dia juga cukup meruntun jiwa...5/5 bintang)
Posted at 10:59 pm by jihan
Permalink
|
|

:: 28 years old ::
:: aquarius ::
:: pesanan untuk tuan rumah ::
@ belum komen @
-:- Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
-:- Mencintaimu - Nass Alina Noah
-:- Adam & Hawa - Aisya Sofea
-:- Janji Kasih - Sri Diah
-:- Rindu Di Kalbu - Durrah Fatiha
-:- Secebis Kasihmu - Syamimi Aminollah
-:- Rinduku Di Angin Lalu - Norisah A. Bakar
-:- Demi Cinta Ini - Diya Elora
|
|
.:: cinta itu bermakna tatkala bersama...cinta itu bererti ketika terpisah...uniknya cinta kerana ia adalah jelmaan kasih sayang yang teragung ::.
|
@ dalam simpanan @
[NORHAYATI BERAHIM]
.: Emosi : Lewat Musim Itu : Teguh : Rindu : Noktah : Pesanan Terakhir Seorang Lelaki : Dendam Yang Terlerai : Sentuhan Kasih : Hati Yang Luka : Inferior : Seindah Derita : Air Mata Kasih : Egois : Untukmu Segalanya : Hati Seorang Wanita : Cinta Pertama : Nota Cinta Buatmu : Bunga Kasih : Setulus Cinta : Hanya Kerana Cinta : Dia Lebih Mengerti : Sayang Tak Terucap : Cinta Jangan Kau Pergi :.
[AISYA SOFEA]
.: Kau Untukku : Jendela Hati : Jauh : Sehangat Asmara : Gelora Jiwa : Adam & Hawa :.
[FAUZIAH ASHARI]
.: Pergilah Sepi : Ombak Rindu : Setia Menanti : Cinta...Tiada Akhirnya :.
[MA LEE CHUSWAN]
.: Permata Hati : Lamaran Kedua : Selamat Tinggal Sayang :.
[NIA AZALEA]
.: Kau Yang Satu : Seredup Kasihmu :.
[DAMYA HANNA]
.: Bicara Hati : Sepi Tanpa Cinta : Saat Cinta Bersemi :.
[FATIN NILAM SARI]
.: Kesturi : Megalomania 1 & 2 :.
[AINA EMIR]
.: Seharum Kasih : Setulus Janji : Aura Cinta :.
[ANIS AYUNI]
.: Manisnya Cinta : Gemersik Kalbu :.
[CT HAZNEZA ABD. HAMID]
.:Cemburu Seorang Perempuan : Angin Dingin Dari Utara :.
[Biarkan Bunga Itu Layu-Yusrul Emiza Yusuf]
[Pesona Rindu-Sh.Abu Salem]
[Belaianmu-Suhaniza Sulaiman]
[Cintamu Di Hati-Seri Adriani]
[Semusim Rindu-Aleeya Aneesa]
[Kau Sayangku-Bikash Nur Idris]
[Wajah Kekasih-Noor Juliana Mohd Noor]
|
@ dah baca @
[AMARUSZATI NOOR RAHIM
-Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]
[ELIAS HJ. IDRIS
-Pilihan Kedua]
[FATIMAH KASSIM
-Diari Sayang]
[FATIN NILAM SARI
-Perempuan Tanpa Dosa & Cenderawasih]
[HABIBAH RAHMAT
-Episod Cinta Belum Berakhir]
[HANANI DAUD
-Bermadu Dalam Cinta]
[HENDAN YAHYA
-Nabila 1 & 2]
[JESSY MOJURU
-Hanya kau Segalanya & Bahang Asmara]
[JOHN NORAFIZAN
-Sempadan Tanpa Seri]
[KAMARIAH KAMARUDDIN
-Kau Yang Kusayang]
[LAMIA AIMAL
-3 Wajah, Donia & Waja]
[LIANA AFIERA MALIK
-Dan...Mimpi Pun Berguguran, Assyida, Janji Assila & Bukan Puteri Lindungan Bulan]
|
|
|