Entry: novel baru... Friday, May 12, 2006



first of all aku minta maaf sebab dah lama tak update blog ni..agak sibuk dengan tugasan wajib...tapi hari ni aku nak komen tentang satu novel baru yang aku baru je habis baca semalam....ni novel terbaru damya hanna..



@~ novel ke-4 damya hanna...bagi aku penulisan dia makin matang walaupun usianya masih muda...macam biasa la kisah cinta wajib ada dalam novel melayu tapi kisah cinta yang damya utarakan lain sikit aku rasa...dalam novel ni juga ada diselitkan nilai-nilai kekeluargaan, pengorbanan seorang anak demi keluarganya, kemudian macam mana nilai persahabatan yang sepatutnya...banyak yang dapat kita pelajari dari novel ni...alhamdulillah, ending bagus la...happy ke sad? erm..entah..surprise tapi aku boleh kata ending bagus...kat belakang novel ni ada dimasukkan tentang akta untuk ambil anak angkat so sesapa yang berminat nak ambil anak angkat kena baca novel damya ni dan leh la dapat info-info tu semua...4 * aku bagi dan buku ke-4 damya hanna ni elok dijadikan koleksi peribadi...itu pendapat aku...orang lain punya pendapat aku tak tau ek...lain orang lain pandangannya...

watak-watak :

nurin aina : anak bongsu yang sanggup mengorbankan cita-citanya hanya untuk membantu keluarga namun kakaknya yang sulung menganggap nurin ingin membalas dendam kepada kedua orang kakaknya kerana kakaknya yang berdua dapat meneruskan minat mereka sebaliknya nurin terpaksa berkorban namun nurin menelan semua tanggapan itu demi kedua ibu bapanya..kematian kakak keduanya dan kemudian diikuti dengan uminya memberikan tamparan hebat buat nurin. selain itu, sikap teman baiknya, liyana juga menambah luka di hati nurin. kemunculan zamil yang pada mulanya dianggap kawan tetapi lelaki itu menaruh minta, menyimpan perasaan dan melamarnya juga memberi tekanan kepada nurin kerana dia. namun semuanya dihadapi dengan tabah.dugaan melanda lagi, di saat dia mula menerima zamil lebih dari seorang kawan, zamil mengundurkan diri dan seterusnya menghilangkan diri..apa yang terjadi? baca sendiri...Wink

zamil : adik kembar luqman..jatuh cinta pada nurin tetapi akhirnya mengundurkan diri demi kebahagiaan semua..kenapa?

luqman : kembar zamil juga teman lelaki kepada liyana, sahabat nurin...

liyana : sahabat nurin semasa study tapi akhirnya memusuhi nurin hanya kerana nurin adalah jiran luqman (kekasihnya) dan bekerja satu pejabat dengan luqman..

   5 comments

alein
November 10, 2009   10:30 PM PST
 
Salam. saya nak bertanya.. macam mana nak dapatkan novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Adakah dijual di kedai buku popular?
alein
November 10, 2009   09:36 PM PST
 
Salam. saya nak bertanya.. macam mana nak dapatkan novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Adakah dijual di kedai buku popular?
malaysia web design
June 26, 2009   12:30 AM PDT
 
kesian nurin
malaysia web design
June 23, 2009   08:24 PM PDT
 
best ke novel tu
mimi
January 13, 2009   07:06 AM PST
 
terlebih dahulu aku nak bagitau yang aku suka dengan keempat-empat novel yang damyahana sebab aku dah baca kesemuanya.setiap novel menpunyai kelebihan masing-masing.aku nak tanya bila novel kelima damyahana nak ada?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments